Selasa, 28 Julai 2009

KL - Puchong : 55 & P.J - Puchong : 207

1984 -
Dulu kalau nak ke Puchong dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira setengah jam jugak. Tempat paling mudah nak dapatkan pengangkutan awam kalau dari K.L adalah di perhentian / terminal bas Kuala Lumpur atau lebih 'familiar' lagi orang panggil Bus Stand K.L-Klang. Dulu setesen bas ni hanya mempunyai satu syarikat bas yang beroperasi menghala ke tempat-tempat utama di sekitar lembah Klang. Kalau tak silap aku nama syarikat dia KL-Klang Omnibus Sdn Bhd.

Bas KL-Klang bernombor 55 adalah bas yang paling popular untuk penduduk di Puchong satu masa dulu. Bas ni akan beroperasi 15 minit setiap satu trip menghala samada ke Puchong ataupun ke Kuala Lumpur. Mudah jugak untuk ke Kuala Lumpur sebenarnya berbanding jika penduduk Puchong nak ke Klang. Sebabnya bas dari Puchong - Klang akan mengambil masa 45 minit bagi satu trip perjalanan. Kalau terlepas nak ke tempat kerja ( bagi mereka yang bekerja di Shah Alam/Klang ) maka tungggulah lagi 45 minit untuk trip yang kedua. Kalau nak menghala ke Petaling Jaya pula bas KL-Klang bernombor 207 menjadi harapan penduduk Puchong. Walaubagaimanapun jika nak ke P.J, penduduk Puchong mempunyai alternatif lain selain menunggu bas yang datang 30 minit sekali nie. Mereka selalunya akan menaiki bas ke KL dan berhenti di Simpang Petaling, kemudian mereka akan mempunyai banyak alternatif lain ke P.J.

Kalau dulu menghala ke Puchong adalah satu perjalanan merugikan bagi pengusaha-pengusaha teksi. Mereka jarang sekali menerima penumpang ke Puchong kerana perjalanan balik ke Kuala Lumpur memungkinkan mereka pulang dgn teksi kosong.

Perjalanan ke Puchong suatu ketika dulu memang menyeronokkan. Suasana redup lebih-lebih lagi selepas melepasi Jalan Klang Lama, Simpang Petaling dan Kem Tentera Kinrara. Selapas melepasi kem Tentera Kinrara nie kita akan dihidangkan dengan panorama ladang getah di kedua-dua belah jalan raya yang tak berapa nak besar nie. Kalau kita melalui Lebuhraya Gua Musang - Kuala Krai, macam tu la lebih kurangnya pemandangan jalan menghala ke Puchong, selekoh-selekoh tajam, dan kalau tak silap aku ada dua selekoh yang mempunyai gaung yang tak berapa tinggi, tapi kalau terbabas parah jugak rasa aku. Salah satu selekoh tu pernah terhumban sebuah kereta yang dinaiki oleh salah seorang kawan sekampung aku suatu masa dulu. Alhamdulillah hidup lagi dia sampai hari nie. Selekoh-selekoh ni dulunya bermula selepas Kinrara dan berterusan sehingga Batu 8 Puchong, Taman Tenaga dan berakhir di Batu 11 Puchong. Selepas dari laluan ni, kita selalunya dapat melihat pemandangan pokok getah di sebelah kiri dan kawasan perlombongan di sebelah kanan. Selain pemandangan pokok getah, kelapa sawit dan lombong ada jugak bangunan-bangunan lama seperti sekolah, kuil, deretan kedai-kedai kayu dan rumah-rumah ladang yang didiami pekerja-pekerja estet di sekitar Puchong. Kalau dulu nak selisih dengan kereta memang payah. Jarang sekali selisih dengan kereta yang kita tak kenal kat atas jalan. Ye lah maklum pulak masa tu bukan semua orang mampu beli kereta, kalau ada pun orang yang betul-betul berduit jer..

Perjalanan diteruskan dengan melalui deretan kedai-kedai kayu yang boleh kita lihat di Batu 12 Puchong. Kat sini boleh dikatakan pertengahan jalan antara ke Pekan Puchong Batu 14 dan menghala terus ke Klang dan Shah Alam. Pekan kecik ni ada sebuah Pejabat Pos kayu. Kalau dulu sini jer lah bank yang aku rasa ada kat Puchong. tempat orang simpan duit kat ASN. Kat sini jugak ada sebuah padang bolasepak yang cukup 'famous' satu masa dulu. Padang ni terletak betul-betul di tepi jalan menghala ke Shah Alam dan Klang. Kat sini la jaguh-jaguh bolasepak tempatan yg hebat-hebat berentap. Kalau dulu antara team-team yang hebat kat sini adalah seperti Puchong Rangers, Tabuan F.C, dan Nusantara selalu jugak berentap kat sini. Kalau ada game, jalan ni memang sesak sikit, sebab orang ramai berhenti tengok orang main bola.

Setersusnya kita akan terus menuju ke pekan terakhir di Puchong, Pekan batu 14. Dulu pekan ni cukup menyeronokkan. Terlalu banyak 'sentimental value' yang ada kat sini. Sini lah destinasi terakhir bas dari Kuala Lumpur. Kalau ada yang nak menghala ke Pulau Meranti, Maju Ikan atau Desa Air Hitam mereka terpaksa turun dan menunggu bas dari P.J nombor 207 untuk meneruskan destinasi. Aku rasa cukup la untuk sekadar mengimbau nostalgia yang ada sepanjang perjalanan ke Puchong tahun 1984. Kalau ada mana-mana 'part' yang aku tertinggal harap maaf. Untuk tatapan seterusnya aku akan cuba ceritakan peristiwa-peristiwa lampau yang menarik kat Puchong ni insyaallah.. Wokeh! Adios!

July 28th 2009 - 17:10.. Cyber Journey Begin.

Assalamualaikum semua,

Terima Kasih kepada semua pengunjung yang mungkin sengaja ataupun secara tidak sengaja melayari puchonghebat.blogspot.com. Blog ni aku create sebenarnya untuk berkongsi segala perkara tentang sebuah tempat yang di beri nama P.U.C.H.O.N.G.. Oleh kerana masa tidak mengizinkan untuk aku menulis walupun sedikit tentang tempat nie.. aku memohon maaf, tapi aku pasti akan tuliskan jugak pasal tempat nie sebab banyak perkara yang aku belajar kat sini, banyak perkembangan dan perubahan wajah yang berlaku sejak aku menetap kat sini lebih kurang dari tahun 1984 rasanya..

Ok la.. buat masa ni aku lebih suka ceritakan macam mana Puchong tahun 1984, sehinggalah Puchong tahun 2009. Apa yang menarik tentangnya..? So tunggu cerita aku yang akan datang..

Pokok Getah

Pokok Getah
Ni la gambar pokok getah, bukan apa mana la tau kalau ada geng-geng yang dah lupa camana rupa pokok getah..

Kapal Korek

Kapal Korek
Kalau dulu kita akan selalu nampak kapal korek disebelah kanan selepas melepasi Batu 8.