Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Fadhilat Solat Terawikh:-

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nenentang musuh
ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."

Ahad, 16 Ogos 2009

Selamat Berpuasa Warga Puchong!

Selamat Berpuasa kepada Warga Puchong, untuk mengetahui info-info menarik bazar-bazar ramadhan sepanjang Bulan Puasa nanti sila layari Puchong Jalan-Jalan Cari Makan.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Sukan - Bolasepak

4 Ogos 09 - Perjuangan sudahpun berakhir bagi Kelab Sukan Waja dalam Liga Persatuan Bolasepak Selangor musim 2009. Perebutan bagi mengisi slot ke suku akhir sudahpun diketahui apabila pasukan yang diwakili rata-rata remaja belasan tahun dari pasukan Anak Kalumpang berjaya menghuni tangga pertama liga setelah tewas sekali dan memenangi kesemua baki perlawanan, manakala Kelab Sukan Waja yang berasal dari Puchong, tewas dua perlawanan, seri satu dan menang perlawanan sebelumnya manakala tewas ditangan pasukan UITM dalam perlawanan terakhir pada hari Selasa lepas.

Perlawanan berlangsung di Stadium UiTM dalam keadaan cuaca yang baik, meskipun kedua-dua pasukan sudah tidak lagi mempunyai harapan untukmelayakkan diri ke saingan seterusnya. UiTM yang di barisi pemain-pemain berpengalaman yang bermain dalam Liga Universiti mengasak sebaik sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil perlawanan. Hasilnya pada minit ke-20 mereka mendapat gol pertama menerusi gerakan dari tengah padang dan disudahkan oleh penyerang mereka yang memakai jersey nombor 9. Keapuhan benteng K.S Waja terserlah sekali lagi pada minit ke 35 apabila gerakan dari sebelah kiri pula menghasilkan jaringan untuk UiTM mendahului dengan 2-0. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama menyaksikan jurulatih K.S Waja, Asamizam mengeluarkan pemain-pemain muda yang di harap dapat menimba pengalaman dan menggantikan dengan kesebelasan utama yang di jangka mampu megubah keputusan perlawanan.

K.S Waja memulakan separuh masa kedua dengan teratur apabila pasangan tiga beradik Abdul Aziz, Abdul Nizam dan Abdul Jamil Majid di masukkan menggantikan 3 lagi pemain dibahagian pertahanan dan tengah. Benteng pertahanan pasukan UiTM begitu ampuh malah kekemasan jentera tengah dan serangan menggandakan asakan nyaris menambah gol buat pasukan dari Shah Alalm ini. Aksi permainan keras dan kasar yang ditunjukkan pada separuh masa kedua menyebabkan beberapa insiden kecil tercetus namun pengadil perlawanan berjaya mengawal keadaan dengan baik. Perlawanan tamat dengan K.S Waja tewas Stadium UiTM dan mengakhiri liga musim ini di tangga ke 3 kumpulan, manakala UiTM yang menang di halaman sendiri dalam perlawanan terakhir menghuni tangga ke 2.

Nasib 3 lagi pasukan dari Puchong iaitu Puchong Rangers, Puchong Hunters, dan Puchong Intan masih lagi belum diketahui berikutan perlawanan yang berlangsung serentak pada hari Selasa lalu di beberapa venue.

Sale on iOi Mall

Okeh Geng! Just for information sharing,

Malam tadi aku gi bawak isteri dan anak kesayangan berjalan-jalan di iOi Mall. Pergh.. punya la banyak potongan harga, bukan je kat Jusco, kat outlet-outlet lain pon banyak beb! Jangan cakap isteri aku jer yang tak menang mata, dengan aku-aku sekali terjebak layan shopping semlm. Harga memang berpatutan. Semua barangan berkualiti & elegant. Ada jugak outlet yang jual 2-3 helai pasang baju dalam satu harga. Mengiurkan..

So sempena puasa dah nak menjelang nie dan kepada kaki-kaki menghabiskan duit gaji kat shopping complex dan mereka2 yang malas nak keluar time berpuasa nanti, boleh la buat persediaan awal... baju untuk budak-budak pon ranggi-ranggi.. so check it out!

Isnin, 3 Ogos 2009

Menarik untuk diketahui..

1984-1985

Sebuah kapal korek pernah terbalik di Puchong sekitar tahun ni. Kejadian malang ni berlaku kalau tak silap aku disebabkan oleh tali/rantai pengikat kapal tersebut terputus dan mengakibatkan kapal hilang keseimbangan lalu terbalik. Ada juga mengatakan lebihan muatan pekerja di dalam kapal sewaktu kejadian menjadi faktor penyumbang kepada tragedi ni. Kejadian ini meragut puluhan nyawa pekerja syarikat perlombongan terbabit akibat lemas. Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada tragedi ni yang tak dapat diceritakan. Namun kejadian yang berlaku sedikit sebanyak telah memberi kesan positif tentang keselamatan pekerja-pekerja lombong di seluruh Malaysia pada waku tersebut. Langkah-langkah positif yang diambil kerajaan telah menjadikan kes ini anta
ra kes terakhir sehingga kini yang melibatkan kemalangan dalam industri perlombongan.

1986-1987

Penduduk Puchong digemparkan dengan kemalangan kapal terbang kargo milik syarikat antarabangsa di sebuah bukit yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Chemi. Bukit ini terletak bersempadan dengan hutan simpan milik UPM yang mana kawasan tersebut di kelilingi estet getah dan kelapa sawit. Terdapat juga perkampungan orang asli ( Puak Rasau ) disekitar kawasan tersebut. Aku tak berapa pasti jumlah mangsa yang terkorban tapi yang aku tau kurang dari sepuluh orang yang berada dalam kapal terbang tu.



1990

Lebuhraya mula dibina menghala ke Puchong bermula dari Batu 8 Puchong sehingga ke Batu 11 Puchong ( sekarang simpang empat utama berdekatan iOi Mall). Lebuhraya pendek ni dibina khas sebagai permulaan untuk membangunkan kawasan Puchong dan hasilnya kawasan Bandar Puchong Jaya dibina sekitar awal 90'an dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor pada waktu itu Dato Sri Muhammad bin Muhammad Taib. Bermula daripada saat ini Puchong menjadi antara kawasan yang pesat membangun. Banyak bangunan-bangunan dibina dan lebuhraya-lebuhraya menghubungkan antara Puchong dengan berbagai kawasan di sekitar Lembah Klang.


Buaya Puchong

Buaya Puchong nie sebenarnya gelaran kepaada seekor buaya yang suatu ketika dahulu telah ditangkap di sekitar kawasan Sungai Klang. Buaya yang sudah berusia ini hanya bersidai di tepi tebing di salah satu anak sungai di kawasan Kampung Sri Aman lebih kurang dalam lewat tahun 80'an. Seingat aku berbagai jenis umpan telah digunakan oleh pegawai hidupan liar untuk menangkap buaya ini, namun ianya tidak berhasil malah buaya ini juga tidak mengganggu dan tidak berbahaya kerana faktor usianya yang sudah tua. Kalau tak silap buaya ni telah ditembak sendiri oleh samada oleh Sultan Selangor ataupun pegawai hidupan liar kerana takut boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar yang mendiami kawasan sekitar Sungai Klang. Buaya ini telah dikenalpasti antara buaya terbesar pernah dijumpai di Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian buaya tersebut telah di awet dan di wartakan sebagai tinggalan sejarah negeri. Sehingga kini buaya tersebut boleh dilihat di Muzium Negeri Selangor.

Pada lewat tahun 90'an penduduk sekitar Puchong digemparkan lagi dengan berita penemuan buaya, tetapi kali ini di dalam sebuah tasik di Kampung Sri Aman. 2 ekor buaya telah dilihat berada di dalam kawasan tasik berkenaan selama beberapa minggu oleh penduduk kampung namun mereka tidak berjaya merakamkan saiz penuh buaya berkenaan. Buaya ini hanya dapat dirakam oleh wartawan TV yang membuat liputan namun tidak dapat dianggarkan saiz sebenar buaya-buaya tersebut. Sehingga hari ini, keadaan buaya-buaya tasik di Kampung Sri Aman ini masih menjadi misteri kerana masih lagi tidak dapat di tangkap dan tidak lagi menampakkan dirinya di permukaan tasik.



Pokok Getah

Pokok Getah
Ni la gambar pokok getah, bukan apa mana la tau kalau ada geng-geng yang dah lupa camana rupa pokok getah..

Kapal Korek

Kapal Korek
Kalau dulu kita akan selalu nampak kapal korek disebelah kanan selepas melepasi Batu 8.