1984-1985
Sebuah kapal korek pernah terbalik di Puchong sekitar tahun ni. Kejadian malang ni berlaku kalau tak silap aku disebabkan oleh tali/rantai pengikat kapal tersebut terputus dan mengakibatkan kapal hilang keseimbangan lalu terbalik. Ada juga mengatakan lebihan muatan pekerja di dalam kapal sewaktu kejadian menjadi faktor penyumbang kepada tragedi ni. Kejadian ini meragut puluhan nyawa pekerja syarikat perlombongan terbabit akibat lemas. Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada tragedi ni yang tak dapat diceritakan. Namun kejadian yang berlaku sedikit sebanyak telah memberi kesan positif tentang keselamatan pekerja-pekerja lombong di seluruh Malaysia pada waku tersebut. Langkah-langkah positif yang diambil kerajaan telah menjadikan kes ini antara kes terakhir sehingga kini yang melibatkan kemalangan dalam industri perlombongan.
1986-1987
Penduduk Puchong digemparkan dengan kemalangan kapal terbang kargo milik syarikat antarabangsa di sebuah bukit yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Chemi. Bukit ini terletak bersempadan dengan hutan simpan milik UPM yang mana kawasan tersebut di kelilingi estet getah dan kelapa sawit. Terdapat juga perkampungan orang asli ( Puak Rasau ) disekitar kawasan tersebut. Aku tak berapa pasti jumlah mangsa yang terkorban tapi yang aku tau kurang dari sepuluh orang yang berada dalam kapal terbang tu.
1990
Lebuhraya mula dibina menghala ke Puchong bermula dari Batu 8 Puchong sehingga ke Batu 11 Puchong ( sekarang simpang empat utama berdekatan iOi Mall). Lebuhraya pendek ni dibina khas sebagai permulaan untuk membangunkan kawasan Puchong dan hasilnya kawasan Bandar Puchong Jaya dibina sekitar awal 90'an dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor pada waktu itu Dato Sri Muhammad bin Muhammad Taib. Bermula daripada saat ini Puchong menjadi antara kawasan yang pesat membangun. Banyak bangunan-bangunan dibina dan lebuhraya-lebuhraya menghubungkan antara Puchong dengan berbagai kawasan di sekitar Lembah Klang.
Buaya Puchong
Buaya Puchong nie sebenarnya gelaran kepaada seekor buaya yang suatu ketika dahulu telah ditangkap di sekitar kawasan Sungai Klang. Buaya yang sudah berusia ini hanya bersidai di tepi tebing di salah satu anak sungai di kawasan Kampung Sri Aman lebih kurang dalam lewat tahun 80'an. Seingat aku berbagai jenis umpan telah digunakan oleh pegawai hidupan liar untuk menangkap buaya ini, namun ianya tidak berhasil malah buaya ini juga tidak mengganggu dan tidak berbahaya kerana faktor usianya yang sudah tua. Kalau tak silap buaya ni telah ditembak sendiri oleh samada oleh Sultan Selangor ataupun pegawai hidupan liar kerana takut boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar yang mendiami kawasan sekitar Sungai Klang. Buaya ini telah dikenalpasti antara buaya terbesar pernah dijumpai di Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian buaya tersebut telah di awet dan di wartakan sebagai tinggalan sejarah negeri. Sehingga kini buaya tersebut boleh dilihat di Muzium Negeri Selangor.
Pada lewat tahun 90'an penduduk sekitar Puchong digemparkan lagi dengan berita penemuan buaya, tetapi kali ini di dalam sebuah tasik di Kampung Sri Aman. 2 ekor buaya telah dilihat berada di dalam kawasan tasik berkenaan selama beberapa minggu oleh penduduk kampung namun mereka tidak berjaya merakamkan saiz penuh buaya berkenaan. Buaya ini hanya dapat dirakam oleh wartawan TV yang membuat liputan namun tidak dapat dianggarkan saiz sebenar buaya-buaya tersebut. Sehingga hari ini, keadaan buaya-buaya tasik di Kampung Sri Aman ini masih menjadi misteri kerana masih lagi tidak dapat di tangkap dan tidak lagi menampakkan dirinya di permukaan tasik.
ORANG USA
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan