Rabu, 7 April 2010

Laluan Kontra Lebuhraya LDP Dari 16:30 hingga 20:30.

Pihak LDP telah menyediakan laluan kontra menghala ke Puchong, Shah Alam, Cyberjaya, dan Putrajaya bermula jam 4:30 ptg hingga 8:30 mlm dari Isnin hingga Jumaat.

Ini bertujuan mengurangkan kesesakkan di waktu petang terutama di Plaza Tol Sunway.

Pengguna-pengguna boleh menggunakan laluan kontra berkenaan melalui susur dari Jambatan Kabel menghala ke Puchong.

Walaubagaimanapun, setelah hampir tiga minggu laluan kontra ini dilaksanakan, masih terdapat kesesakkan dari arah Sungai Besi-Bukit Jalil- Puchong berikutan trafik yang bergerak perlahan disebabkan halangan kon yang di pasang selepas susur lampu isyarat di Puchong Jaya (bersebelahan bangunan Puchong United dan Pusat Karaoke).

Bagi pengguna lebuhraya Sungai Besi-Puchong, anda boleh menggunakan laluan alternatf tanpa perlu melalui susur lampu isyarat Puhong Jaya dengan memasuki simpang ke kiri (sebelum susur lampu isyarat) seterusnya melalui bangunan rumah kedai dan keluar di simpang Kolej BINARY.

Rabu, 17 Februari 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010.

Tahun Baru Cina 2010 masih lagi terasa bahangnya di seluruh negara. Penduduk pelbagai kaum di sekitar Puchong kini boleh sama-sama berkongsi kemeriahan sambutan pelbagai perayaan yang dinikmati sejak berabad lalu bersama-sama kaum-kaum lain. Bezanya sambutan di kawasan Puchong ini mula meriah apabila rata-rata orang ramai yang pulang ke kampung pada musim cuti berkenaan, mula pulang kembali bagi meneruskan aktiviti harian.

Disebabkan kawasan bandar mulai sibuk, maka hampir semua pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan mercu tanda Puchong, IOI Mall, akan mengadakan sambutan besar-besaran, dengan pelbagai aktivit berkaitan.

Dikesempatan ini editor Info Puchong mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada ADUN Kinrara, YB Theresa Kok dan rakan-rakan berbangsa Cina yang menyambut perayaan tersebut dan kepada peminat-peminat blog seluruh negara. Selamat Tahun Baru.

Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah & Tahun Baru 2010!

Cuti sekolah hampir melabuhkan tirai, malah tahun 2009 juga telahpun berakhir dengan pelbagai cerita sedih, pahit dan manis sepanjang pemerintahan baru kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang bermula sejak 2008. Tahun 2009 membawa banyak sejarah tersendiri buat penduduk Puchong dan penduduk negeri Selangor amnya, khususnya dalam bidang politik dan sosial. Namun di sebalik krisis ekonomi global yang melanda seluruh dunia, Malaysia, Negeri selangor dan kawasan Puchong khususnya masih tetap utuh dan membangun sungguhpun pertumbuhan dari segi ekonomi agak perlahan tapi masih di tahap yang boleh di banggakan.

Kegawatan ekonomi memang dirasai oleh semua rakyat, di Malaysia mahupun di Asia Tenggara, namun fokus buat penduduk sekitar Puchong yang terus berusaha keras mengerah keringat untuk terus maju amat membanggakan. Apa yang penting, disebalik usaha keras dan gigih penduduk Puchong mencari nafkah dan berniaga, tidak kira di mana-mana kawasan samada majoritinya Melayu, India atau Cina, samada di kedai-kedai, restoran-restoran, tempat cuci kereta mahupun gerai-gerai di tepi jalan, rata-ratanya tidak lagi di ganggu oleh kerenah-kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan.

Tidak dinafikan masih ada lagi peniaga yang di saman, barangan di sita dan sebagainya, namun jumlahnya mungkin berkurangan dan tiada lagi kedengaran riuh kecoh peniaga-peniaga yang gerai-gerai mereka mahu dirobohkan, barang-barang niaga di sita oleh pihak berwajib, yang bertanggung jawab menjaga pentadbiran Puchong.

Syabas diucapkan kepada pentadbiran baru kerajaan tempatan terutamanya Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Sigh Deo, Yang Di Pertua MPSJ, Ahli-Ahli Majlis dan Penghulu-Penghulu di setiap mukim di Puchong kerana turut serta dalam menyelesaikan masalah-masalah peniaga-peniaga kecil dan sederhana di kawasan Puchong. Semangat kerjasama dan toleransi sebegini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para peniaga kerana rata-rata peniaga ini sudahpun tersepit dengan pelabgai masalah seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, dan di tambah pula dengan krisis ekonomi global yang melanda yang menyebabkan ada di antara mereka terpaksa menutup perniagaan asal/utama dan mumulakan perniagaan kecil-kecilan.

Di kesempatan ini editor Info Puchong ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita sebagai warga Puchong dapat sama-sama mengembeling tenaga memaju dan memakmurkan kawasan kita tanpa sebarang isu yang boleh menyebabkan lunturnya semangat setiakawan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pokok Getah

Pokok Getah
Ni la gambar pokok getah, bukan apa mana la tau kalau ada geng-geng yang dah lupa camana rupa pokok getah..

Kapal Korek

Kapal Korek
Kalau dulu kita akan selalu nampak kapal korek disebelah kanan selepas melepasi Batu 8.