Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah & Tahun Baru 2010!

Cuti sekolah hampir melabuhkan tirai, malah tahun 2009 juga telahpun berakhir dengan pelbagai cerita sedih, pahit dan manis sepanjang pemerintahan baru kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang bermula sejak 2008. Tahun 2009 membawa banyak sejarah tersendiri buat penduduk Puchong dan penduduk negeri Selangor amnya, khususnya dalam bidang politik dan sosial. Namun di sebalik krisis ekonomi global yang melanda seluruh dunia, Malaysia, Negeri selangor dan kawasan Puchong khususnya masih tetap utuh dan membangun sungguhpun pertumbuhan dari segi ekonomi agak perlahan tapi masih di tahap yang boleh di banggakan.

Kegawatan ekonomi memang dirasai oleh semua rakyat, di Malaysia mahupun di Asia Tenggara, namun fokus buat penduduk sekitar Puchong yang terus berusaha keras mengerah keringat untuk terus maju amat membanggakan. Apa yang penting, disebalik usaha keras dan gigih penduduk Puchong mencari nafkah dan berniaga, tidak kira di mana-mana kawasan samada majoritinya Melayu, India atau Cina, samada di kedai-kedai, restoran-restoran, tempat cuci kereta mahupun gerai-gerai di tepi jalan, rata-ratanya tidak lagi di ganggu oleh kerenah-kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan.

Tidak dinafikan masih ada lagi peniaga yang di saman, barangan di sita dan sebagainya, namun jumlahnya mungkin berkurangan dan tiada lagi kedengaran riuh kecoh peniaga-peniaga yang gerai-gerai mereka mahu dirobohkan, barang-barang niaga di sita oleh pihak berwajib, yang bertanggung jawab menjaga pentadbiran Puchong.

Syabas diucapkan kepada pentadbiran baru kerajaan tempatan terutamanya Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Sigh Deo, Yang Di Pertua MPSJ, Ahli-Ahli Majlis dan Penghulu-Penghulu di setiap mukim di Puchong kerana turut serta dalam menyelesaikan masalah-masalah peniaga-peniaga kecil dan sederhana di kawasan Puchong. Semangat kerjasama dan toleransi sebegini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para peniaga kerana rata-rata peniaga ini sudahpun tersepit dengan pelabgai masalah seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, dan di tambah pula dengan krisis ekonomi global yang melanda yang menyebabkan ada di antara mereka terpaksa menutup perniagaan asal/utama dan mumulakan perniagaan kecil-kecilan.

Di kesempatan ini editor Info Puchong ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita sebagai warga Puchong dapat sama-sama mengembeling tenaga memaju dan memakmurkan kawasan kita tanpa sebarang isu yang boleh menyebabkan lunturnya semangat setiakawan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pokok Getah

Pokok Getah
Ni la gambar pokok getah, bukan apa mana la tau kalau ada geng-geng yang dah lupa camana rupa pokok getah..

Kapal Korek

Kapal Korek
Kalau dulu kita akan selalu nampak kapal korek disebelah kanan selepas melepasi Batu 8.