Sabtu, 8 Ogos 2009

Sukan - Bolasepak

4 Ogos 09 - Perjuangan sudahpun berakhir bagi Kelab Sukan Waja dalam Liga Persatuan Bolasepak Selangor musim 2009. Perebutan bagi mengisi slot ke suku akhir sudahpun diketahui apabila pasukan yang diwakili rata-rata remaja belasan tahun dari pasukan Anak Kalumpang berjaya menghuni tangga pertama liga setelah tewas sekali dan memenangi kesemua baki perlawanan, manakala Kelab Sukan Waja yang berasal dari Puchong, tewas dua perlawanan, seri satu dan menang perlawanan sebelumnya manakala tewas ditangan pasukan UITM dalam perlawanan terakhir pada hari Selasa lepas.

Perlawanan berlangsung di Stadium UiTM dalam keadaan cuaca yang baik, meskipun kedua-dua pasukan sudah tidak lagi mempunyai harapan untukmelayakkan diri ke saingan seterusnya. UiTM yang di barisi pemain-pemain berpengalaman yang bermain dalam Liga Universiti mengasak sebaik sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil perlawanan. Hasilnya pada minit ke-20 mereka mendapat gol pertama menerusi gerakan dari tengah padang dan disudahkan oleh penyerang mereka yang memakai jersey nombor 9. Keapuhan benteng K.S Waja terserlah sekali lagi pada minit ke 35 apabila gerakan dari sebelah kiri pula menghasilkan jaringan untuk UiTM mendahului dengan 2-0. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama menyaksikan jurulatih K.S Waja, Asamizam mengeluarkan pemain-pemain muda yang di harap dapat menimba pengalaman dan menggantikan dengan kesebelasan utama yang di jangka mampu megubah keputusan perlawanan.

K.S Waja memulakan separuh masa kedua dengan teratur apabila pasangan tiga beradik Abdul Aziz, Abdul Nizam dan Abdul Jamil Majid di masukkan menggantikan 3 lagi pemain dibahagian pertahanan dan tengah. Benteng pertahanan pasukan UiTM begitu ampuh malah kekemasan jentera tengah dan serangan menggandakan asakan nyaris menambah gol buat pasukan dari Shah Alalm ini. Aksi permainan keras dan kasar yang ditunjukkan pada separuh masa kedua menyebabkan beberapa insiden kecil tercetus namun pengadil perlawanan berjaya mengawal keadaan dengan baik. Perlawanan tamat dengan K.S Waja tewas Stadium UiTM dan mengakhiri liga musim ini di tangga ke 3 kumpulan, manakala UiTM yang menang di halaman sendiri dalam perlawanan terakhir menghuni tangga ke 2.

Nasib 3 lagi pasukan dari Puchong iaitu Puchong Rangers, Puchong Hunters, dan Puchong Intan masih lagi belum diketahui berikutan perlawanan yang berlangsung serentak pada hari Selasa lalu di beberapa venue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pokok Getah

Pokok Getah
Ni la gambar pokok getah, bukan apa mana la tau kalau ada geng-geng yang dah lupa camana rupa pokok getah..

Kapal Korek

Kapal Korek
Kalau dulu kita akan selalu nampak kapal korek disebelah kanan selepas melepasi Batu 8.